Memberi Sinar Kehidupan melalui Kemahiran Kulinari
Program
Kuala Lumpur, 24 Mac 2017 – Menyumbang kepada Memberi Sinar masyarakat adalah tanggungjawab setiap syarikat koporat. Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) bukan sahaja salah sebuah syarikat terkemuka dalam industri makanan yang berusaha ke arah keselamatan makanan dan juga faedah kesihatan kepada orang ramai, malah secara agresifnya, syarikat Ajinomoto komited dalam membantu golongan yang memerlukan. Dengan segala keupayaan syarikat, satu program pembangunan kemahiran hidup yang dinamakan ‘Hope of Life with Culinary Arts’ yang melibatkan golongan belia kurang bernasib baik telah dilaksanakan.Turut hadir dalam majlis ini termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Ajinomoto (Malaysia) Berhad, En. Keiji Kaneko, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Pn. Lau Chin Mun, Pengarah Eksekutif HOPE Worldwide Malaysia, Cik Katy Lee, Presiden JCI KL, En. Jerry Neogh, Pengurus Akaun MIB, Cik. Lew Shiau Ching, dan warga kerja Ajinomoto.
Hope of Life with Culinary Arts’ telah dilaksanakan dengan jayanya sejak tahun 2013. Program pada tahun ini diperluaskan lagi dengan kerjasama daripada HOPE Worldwide Malaysia, Institut Bakeri Malaysia (MIB), dan Junior Chamber International (JCI) Kuala Lumpur. Memberi Sinar Dengan memperkasakan belia kurang bernasib baik dengan kemahiran kulinari, program ini telah berjaya menarik penyertaan seramai 26 orang belia yang kini menerima manfaat dibawah Program Kesihatan dan Pendidikan HOPE Worldwide Malaysia. Selepas latihan intensif selama 5 bulan dalam kelas teori masakan, masakan panas dan kelas membuat pastri, semua belia kini telah terlatih dan bersedia untuk menggunakan kemahiran masakan yang telah mereka pelajari.
Para peserta telah
menunjukkan keyakinan mereka di kempen jualan kebajikan yang diadakan pada hari ini di premis AMB dan New Strait Time Press (Malaysia) Berhad (NSTP) melalui jualan ‘TUMIX® Chicken Tuiles’ hasil tangan mereka sendiri yang telah dipelajari semasa program tersebut. Sebagai aktiviti terakhir untuk semua belia kurang bernasib baik, kempen jualan kebajikan hari ini merupakan penilaian sebenar bagi menunjukkan kemahiran hidup baharu yang telah dipelajari sepanjang 5 bulan yang lalu. Dengan berpandukan operasi perniagaan sebenar, aktiviti jualan hari ini juga diadakan dengan harapan dapat memberi para peserta pengalaman sebenar dan bersedia untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan pada masa terdekat.
Walaupun semua perbelanjaan untuk program ini ditaja sepenuhnya,
namun dana yang terkumpul daripada aktiviti jualan ‘TUMIX® Chicken Tuiles’ yang sebanyak
480 botol dan sumbangan derma ini akan dibahagikan sama rata kepada para belia
kurang bernasib baik daripada HOPE Worldwide Malaysia. Satu majlis penyampaian
sijil dan penyerahan derma yang terkumpul turut diadakan pada hari ini selepas
kempen jualan kebajikan bagi menandakan kejayaan program pembangunan kemahiran hidup ini.
Turut hadir dalam majlis ini termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Ajinomoto (Malaysia) Berhad, En. Keiji Kaneko, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Pn. Lau Chin Mun, Pengarah Eksekutif HOPE Worldwide Malaysia, Cik Katy Lee, Presiden JCI KL, En. Jerry Neogh, Pengurus Akaun MIB, Cik. Lew Shiau Ching, dan warga kerja Ajinomoto.
Mereka melahirkan harapan agar Memberi Sinar kempen ini dapat membawa
perubahan kepada kehidupan golongan belia kurang bernasib Memberi Sinar baik ini melalui kemahiran kulinari yang mereka pelajari.
Dengan menggunakan kemahiran masakan bagi menyediakan makanan yang lazat
untuk menyara kehidupan, kami percaya masa depan golongan belia ini akan menjadi
lebih cerah. Ajinomoto (Malaysia) Berhad membuktikan komitmen kami dalam memenuhi
tanggungjawab sosial korporat bagi membantu masyarakat yang kurang bernasib baik
dengan cara yang benar-benar memberi manfaat kepada mereka, demi memenuhi falsafah bahawa
“mengajar seorang untuk menangkap ikan, dapat memberi rezeki kepadanya untuk seumur hidup”.